PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / UMUM / Amal konsep tabayyun sebelum sebar maklumat, elak fitnah - PM Anwar

Amal konsep tabayyun sebelum sebar maklumat, elak fitnah - PM Anwar

Jul 16, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH - Amalan konsep tabayyun untuk semak atau periksa sesuatu perkara sebelum disebarkan kepada individu lain secara tidak langsung melatih rakyat supaya lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu kesimpulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan ini relevan untuk memastikan penyebaran maklumat khususnya di media

sosial dilakukan dengan penuh berhemah dan berintegriti.

Menurutnya, keharmonian negara harus sentiasa dipelihara tidak kiralah antara wilayah mahupun kaum dan perlu terus utuh terutamanya dalam usaha merungkai isu-isu pokok yang merundung negara.

"Justeru, marilah kita bersama-sama mengamalkan konsep tabayyun sekali gus dapat membantu mengekalkan kestabilan negara dan keharmonian dalam kalangan rakyat selain mengelak gejala fitnah," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

#PerakKini #PerakKini #KKD #6600LangkahPerpaduan #PelancaranBulanKebangsaandanKibarJalurGemilang2023 #MeruRaya #RBZ

 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.