PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / JENAYAH / Kanak-kanak perempuan alami sesak nafas, pening, loya selepas makan biskut ganja buatan bapa

Kanak-kanak perempuan alami sesak nafas, pening, loya selepas makan biskut ganja buatan bapa

May 30, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mengalami simptom sesak nafas, pening dan loya selepas dipercayai termakan biskut disyaki dicampur ganja buatan bapanya di Lawin, Gerik semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian tersebut daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut disyaki dicampur dengan ganja buatan bapanya sehingga menyebabkan dia mengalami simptom-simptom tersebut.

"Mangsa yang sebelum itu dibawa ke klinik kesihatan oleh bapanya kemudian dibawa ke Hospital Gerik dan dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, saringan ujian awal air kencing mendapati suspek suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (thc) dan direman mulai hari ini sehingga 3 Jun bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dadah 1952," jelasnya.

#PerakKini #PDRM #biskut #ganja #RBZ

 


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.