PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / UMUM / KPKT kenal pasti 437 projek perumahan sakit

KPKT kenal pasti 437 projek perumahan sakit

Mar 01, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

PUTRAJAYA - Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 437 projek daripada 3,138 projek perumahan swasta berlesen dikategorikan sebagai ‘sakit’ sehingga 31 Januari lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 384 projek perumahan yang direkodkan ‘sakit’ setakat 31 Disember 2022.

"Projek perumahan swasta ‘sakit’ dijangka bertambah sehingga 101 projek menjadikan keseluruhan projek ‘sakit’ bagi tempoh sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 538 projek,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai lewat dijangka meningkat sehingga 188 projek pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan 354 projek.

#PerakKini #KPKT #projekperumahan #sakit #RBZ


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.