PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / MASYARAKAT / MAYOR TALK - IPOH TERPILIH DALAM NATIONAL HERITAGE CONFERENCE

MAYOR TALK - IPOH TERPILIH DALAM NATIONAL HERITAGE CONFERENCE

Feb 19, 2025  Mohd UmzarulFaiz Umar  4 views

MELAKA - Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah dipilih sebagai salah seorang panel bagi Mayor’s Talk dalam persidangan “NATIONAL HERITAGE CONFERENCE 2025" bertempat di Hotel Hatten, Melaka.

 

Mayors' Talk adalah sesi perkongsian bersama 2 Datuk Bandar iaitu Datuk Bandar Ipoh dan Datuk Bandar Pulau Pinang berkaitan pengalaman dan penglibatan mereka di dalam melestarikan pemeliharaan dan pemuliharaan aset warisan negara bagi lokasi masing-masing.

 

Objektif penganjuran persidangan ini adalah berlandaskan kepada tiga perkara iaitu membina perspektif pemeliharaan warisan dari sudut pembangunan ekonomi yang mampan; menyemai budaya kepekaan dan elemen pendidikan di kalangan rakyat tentang peri pentingnya memelihara aset warisan; serta mewujudkan idea-idea kreatif dan inovatif di dalam pengurusan aset warisan negara.

 

Persidangan ini diadakan seiring dengan sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan World Tourism Day 2025.

 

📸🖌️ Majlis bandaraya Ipoh


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.