PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / UMUM / PM lantik lima individu anggotai badan penasihat beliau

PM lantik lima individu anggotai badan penasihat beliau

Feb 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima individu yang menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau sebagai Menteri Kewangan.

Menurutnya, badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.

Katanya, selain Tan Sri Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh:

1) Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato' Ahmad Fuad Md Ali

2) Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng

3) Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato' Profesor Ulung Rajah Rasiah

4) Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi

Anwar turut memaklumkan bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media malam tadi.

#PerakKini #PenasihatKhas #PMX #tiadabayaran #KerajaanPerpaduan #RBZ


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.