PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / JENAYAH / Polis cari individu main mercun di balkoni tingkat 20 pangsapuri

Polis cari individu main mercun di balkoni tingkat 20 pangsapuri

Apr 19, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

IPOH - Polis giat memburu individu yang didakwa bermain mercun dari balkoni sebuah pangsapuri di Meru seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya ada menerima laporan  daripada orang awam berhubung kejadian itu dan kes disiasat dibawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat awam dan Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 iaitu membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Ipoh Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat yang menunjukkan seorang lelaki sedang menyalakan mercun di balkoni dari tingkat 20 pangsapuri tersebut.

Berdasarkan hantaran video tersebut, kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru di sini.

#PerakKini #PDRM #tular #main #mercun #pangsapuri #RBZ


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.