PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / JENAYAH / Polis cari pencuri Myvi merah

Polis cari pencuri Myvi merah

Aug 07, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

IPOH - Polis sedang giat mengesan individu yang mencuri kereta jenis Perodua Myvi AV dalam kejadian di Halaman Meru Permai, di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya terkesan satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV l) mengenai satu kejadian kecurian kereta yang tular di media sosial hari ini.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita berusia 25 tahun yang merupakan pemilik kereta itu pada jam 11.46 pagi beberapa jam selepas kejadian itu berlaku.

#PerakKini #PDRM #keretacuri #Myvi #RBZ


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.