PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / UMUM / SPRM sita dua akaun BERSATU selepas dibekukan

SPRM sita dua akaun BERSATU selepas dibekukan

Apr 20, 2023  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tindakan sitaan terhadap dua akaun bank Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) setelah mengemukakan perintah mengikut Seksyen 40 Akta Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 kepada pihak bank.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan terdahulu, akaun-akaun dibekukan pada 12 dan 13 Januari tahun ini mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.

"Susulan itu, SPRM telah melaksanakan sitaan tersebut pada 11 April lalu berhubung siasatan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001," jelas kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

#PerakKini #SPRM #BERSATU #rasuah #akaun #beku #RBZ


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.