PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / UMUM / Waris kanak-kanak lelaki 2 tahun dicari

Waris kanak-kanak lelaki 2 tahun dicari

Oct 05, 2022  Ramli Ahmad Rozali  4 views

Oleh Rosdalilah Zahari

TAPAH – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak memohon kerjasama orang ramai mengesani Ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Affan Ammar (yang dikenali berusia dua tahun tujuh bulan.

Pelindung Kanak-Kanak Daerah Batang Padang, Azmila Alis @ Alias berkata, kanak-kanak lelaki itu dilahirkan pada 02 Mac 2020 telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah pengasuh di Taman Desa Kundang, Rawang, Selangor tanpa mengambilnya semula.

Menurutnya, sehingga kini kanak-kanak itu berada dalam jagaan ahli keluarga pengasuh tersebut yang tinggal di Tapah dan tiada individu atau waris tampil menuntut kanak-kanak tersebut.

"Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Tapah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sehingga kini waris bayi tersebut masih belum ditemui," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Azmila di talian 05-401 1069.

#PerakKini #cari #waris


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.