PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / SUKAN / NEW ZEALAND TEWASKAN KOREA 3 - 1

NEW ZEALAND TEWASKAN KOREA 3 - 1

Nov 24, 2025  Mohd Azizi Abdul Latif  7 views

IPOH - Pasukan New Zealand melakar kemenangan pertama apabila berjaya menewaskan pasukan Korea di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-31 bertempat di Stadium Hoki Azlan Shah pada petang ini.

 

Kejohanan ini melibatkan 6 negara iaitu Belgium, Korea, New Zealand, India, Kanada dan juga Malaysia.

 

Ketua pasukan 'Black Sticks', Sam Lane menjaringkan gol pada minit ke-18 dan minit ke-49 serta jaringan George Enersen pada minit ke-51 memastikan pasukannya memungut mata penuh setelah seri 2-2 menentang Malaysia pada perlawanan pembukaan.

 

Pasukan Korea mendapat jaringan pertama pada minit ke-30 menerusi pemain Kim Hyeonhong.

 

New Zealand kini berjaya mengumpul sebanyak 4 mata setelah dua perlawanan berlangsung.

 

Korea masih lagi belum mencapai kemenangan setelah tewas kepada India 0-1 pada perlawanan pembukaan pada Ahad lepas.

 

Menurut ketua jurulatih New Zealand, Greg Nicol berkata," Saya sungguh gembira dengan kemenangan ini walaupun bermain ketika hujan lebat.

 

" Kami kini berada dilandasan terbaik selepas kemenangan ini dan berharap dapat lagi mencipta kejayaan selepas ini," ujarnya.


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.