PerakKini - Dekat Di Hati

susu betalac
collapse
Home / SUKAN / 'SPEEDY TIGERS' TUMPAS KEPADA INDIA 3 - 4

'SPEEDY TIGERS' TUMPAS KEPADA INDIA 3 - 4

Nov 27, 2025  Mohd Azizi Abdul Latif  8 views

IPOH - India merupakan juara lima kali hoki dunia berjaya melakar kemenangan 4 - 3 menentang Malaysia di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ke-31 bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah pada petang ini.

 

Seawal permainan dimulakan, India telah berjaya menembusi pertahanan negara menerusi jaringan Karthi Selvam pada minit ke-7.

 

Bagaimanapun Malaysia pantas membalas serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Faizal Saarie pada minit ke-13 melalui pukulan sudut penalti.

 

Serangan pantas India menerusi jaringan padang oleh Sukhkeet Singh pada minit ke-21 telah meletakkan India dihadapan dengan kedudukan 2 - 1.

 

Dengan semangat hampir 1500 penyokong negara akhirnya Fitri Saari berjaya meledak satu jaringan pada minit ke-39 untuk berada dikedudukan 2 - 2 .

 

Namun India berjaya menambah jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Amit Rohidas pada minit ke-39 meletakkan India pada kedudukan 3 - 2 .

 

Kegembiraan India tidak berpanjangan apabila kapten Speedy Tigers berjaya menghasilkan jaringan menerusi Marhan Jalil berjaya mengikat lawan pada kedudukan 3 - 3 .

 

Namun disaat perlawanan bakal berakhir, India telah dihadiahkan 'penalty stroke' yang telah disempurnakan oleh Sanjay selaku kapten pasukan untuk memastikan kemenangan milik pasukannya.


Share:

Your experience on this site will be improved by allowing cookies.